Thursday, December 23, 2010

The NiCe One

Posted by solehah at 4:04 PM 0 comments



Alhamdullillah...

selesai sudah majlis persandingan beta dan putera tercinta.
majlis yg sederhana tp sgt2 glamor.

tima kasih sgt2 kepada perunding perkahwinan kami..
mmg puas hati.
kak elyn ni satu-satunya wedding planner kt ne9 tau.
and ramai yg ambik perkhidmatan kak elyn ni.
n kebyakan artis2 ler. wah kelas gitu.

bayaran dia ikut pakej.
my hubby ambik kak elyn ni sebab
ktrg tak ramai kaki dn tgn tuk bantu time kenduri tu.
terpaksa la upah org.
kebetulan plak kak elyn ni beroperasi kt nilai,
so senangla my hubby nk pg berbincang smua dgn dia.

ktrg ambik pakej kak elyn ni,
dari baju pengantin, pelamin, berinai, katering,
termasuk make-up.
make up artis tu u all. mmg melotop la mak ckp ko.
muka mak yg tak brape comei ni, terus jd menarik tertarik ko mmg debomm lah.


baju pengantin plak.
mula2 tgok cm tak lawo.
tp bile dh pakai.
perh.. mmg giler glamor u.




yg ktrg tak ambik skali masuk pakej
adalah photograper nye je.
photograper ni my hubby yg cari
kawan opis dia.

mula-mula i tak caya sgt.
dalam hati ada semak samun je.
best ke gambar dia ambik?
skali dtg...
perh... giler hebat

bile dh muka cantik, baju glamor, photograper yg cool,
mula la i giler gambar plak..

sapa-sapa yg nak ambik khidmat brother-brother cool ni,
boleh klik kt cni.









Wednesday, December 22, 2010

Soalan Tubi-Tubi MaMa DeNa

Posted by solehah at 3:12 PM 0 comments
14 Perkara Yang Mama Dena Mau Cari Cerita
MaMaDeNa ??????

...........lalalallalalalallalala.....



Soklan Pertama : Pernahkah kamu meminati seseorang dalam diam??Kalau ya bila??

Malu la chek nk habaq. bile tgok dia..cair... lemah lutut chek ni...
hensem tui dia dlm StepUp...


Soklan Kedua:Siapa insan pertama yang bertahta di hati kamu??
insan tertama? lupa dh check. ramai sgt dok main cinta-cinta dulu.


Soklan Ketiga: Pernahkah kamu menolak lamaran cinta dari seseorang?
byk aih.
......"Bukan ku tak sudi Kasih. utk bersamamu bercinta lg".....


Soklan Keempat: Ciri2 lelaki/wanita idaman kamu
lelaki idaman? emmmm...
tak merokok. rajin tlg sy. tau bile sy nangis dia nak wat ape.
...nyeeeee....

Soklan Kelima :Bangun pagi pe benda yang kamu mesti buat??
tgok jam kul brape...
pastu guling-guling lg...


Soklan Keenam:Bad habit kamu?
suke ikut mood kalau nk wat keje..


Soklan Tujuh: Perkara yang mesti ada dengan kamu ketika mahu tidur
selimut! wajib. takde takleh tdo


Soklan Kelapan: 5 jenis makanan yang kamu tak makan

1. Pulut / Ketupat - sy boleh sakit kepala dn muntah-muntah
2. makanan pedas - sy mmg tak tahan pedas.
3.

Soklan Kesembilan: 3 jenis minuman yang kamu tak boleh minum
1. air jambu
2. jus halia
3. minuman kuruskan badan..

Soklan Keseploh: Pe perkataan pertama yang kamu sebut bila mula pandai bercakap??
uuuwaaaaaaa.....

Soklan Kesebelas:Tempat lepak kamu yang palik best ialah...
kt tepi tingkap rumah lama sy..
skrg dh takde rumah tu.. T_____T

Soklan Kedua Belas:Tiga perkara yang kamu paling suka buat??
1. shoping
2. kacau hubby i
3. nangis... nyeee

Soklan Ketiga belas:Pe benda yang kamu paling x suka buat?
kena paksa. bila kena paksa smua benda sy tak suka buat.

Soklan Keempat belas:pe impian kamu yang belom tercapai?
ada rumah dn kete sendiri..


MuSiuM PaDi in House

Posted by solehah at 10:12 AM 1 comments


Salam smua. sihat? korang pernah dtg cuti-cuti Kedah?. byk tempat-tempat menarik kt kedah ni. kalau pusing seminggu baru abis kot. hehhee.. tempat yg wajib pg kalau kt kedah ni temasuklah 'Pekan Rabu' 'Menara Alor Setar' ' shoping-shoping kt 'Bukit Kayu Hitam' ' Rumah Mahadir' dan byk lg. tp satu tempat yg org jarang atau tak tau langsung adalah "MUZIUM PADI".

Muzium ini satu-satu nya kt Malaysia tau. sbb dibuat kt Kedah ni kerana kedah kan Jelapang Padi Negara. hehehhe.. Musium ni terletak di area Alor Janggus, sebelah dgn Gunung Keriang. Gunung Keriang ni pun unik jugak sbb dia tak macam gunung. tp mcm bentuk kapal. hehhee.. seketul je tak tgh2 sawah padi tu. Kalau nk ke Musium ni senang je. Keluar dari tol alor setar, terus je ikut signboard kt 'Kangar". nnti dipertengahan jalan akan terjumpa la anak panah masuk ke musium ni.


i berkesempatan melawat musium ni masa kenduri kawin i aritu. kebetulan rumah sedara kt area2 cni, tu yg terbawak my hubby jalan2 masuk musium ni. bayaran masuk tak ingat brape ringgit. kalau tak silap 2rg seorg. dan kalau u all nk bwk masuk camera termasuklah hp bercamera u all kena bayar 2rg jugak. pastu leh la ambik gmbar byk2 dlm tu.



barang2 yg ditunjuk dlm ni semua berkisar ttg padi. penanaman padi, penghasilan beras, jenis-jenis beras, dn byk lg. kat bahagian atas plak u all berpeluang tgok permandangan dari atas musium ke seluruh kwsn sekitar.

mari layan gmbar2 yg ambik kt cni yer.





permandangan dari bahagian atas musium

hubby bersama kerbaunya..


jenis-jenis beras yg dijual di malaysia

mengukur berat beras


beras keluaran tempatan



permandangan tepi sawah dikala senja


makanan yg dihasilkan dari beras


beras dari china


beras ditanam di seluruh dunia...


hehehee.....


Friday, November 26, 2010

Posted by solehah at 2:36 PM 1 comments

TaG FroM CpLuD

Asalamualaikum... hai smua. semalam kawan i cik mira idola alias cplud tag i kt satu post dia. dia bagi soklan then terpaksa la i jawab ok. i jawab dgn sepenuh hati, sejujurnya tanpa kompromi ..!!!! soklan-soklan mautnya berbunyi begini.....:

1) Apa yg paling penting dalam hidup korg?
Mak, Bapak, adik kakak abg, anak popeye ( anak buah i ok) and la tak lupa tunang i yang akan jd my hubby berape ari lg je ni. ( gediz ok).

2) Benda terakhir korg beli guna duit sendiri?
Mlm td beli selendang kat fasya .. (nasib baik tak tanya ape korang beli smlm..hehehhe)

3) Adakah korg bercinta sekarang?
Tanya lg bercinta ke tak? org dah nk kawin dh pun. ish2.

4) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korg?
Sampai bila2. selama lamanya.

5) Dimana korg akan berjumpe kekasih korg?
Depan lift.

6) Novel/ Buku/ Majalah terakhir korg beli?
Gubahan Hantaran

7) Apakah nama penuh korg?
Hai, my name is Solehah Ismail.

8) Antara mak & ayh korg, mane korg lagi mesra?
emmm...susah nk jawab. dua-dua mesra. kalau sedih, crite dgn bapak. kalau ada masalah crite dgn mak. cmna nak jawab tu?

9) Namakan org yg betul korg nk jumpe dlm hidup korg?
emmm...sape ek?

10) Namakan tempat yg korg betul2 nak pergi
nak g mekah. jeles je tgok org pg time muda2 ni.

11) Pilih salah 1, peluk atau cium?
Nak dua2. hahahaha

12) 5 lagu bermakna dalam hidup korg
- Soledad
- Hero
-This i promise u
-
-


13) 3 perkara tentang org tag korg
- dia mmg rajin
- dh lama dh dia dok angau bercinta
- dok tunggu bila dia nak kawin dgn Mr. A ni

14) 5 benda yg korg sgt syg dlm hidup korg
-Mak ayah
-Tunang i
-duit
-laptop
-diri sendiri

15) Bila tarikh lahir korg dan bile korg sambut thun lepas?
05 April 1986. hmmmm... byk kali jugak smbut..dgn opismate pastu dgn tunang i ler

16) 5 blogger yg korg nak tag
- Miss Nurul
- Miss Nisa
tu je la mira. yg len takde. hehehehe



ok. dh jawab ni. pasni miss nurul dgn miss nisa sila jawab yer.

hehehee...

Thursday, November 25, 2010

Saya Sebiji Bola

Posted by solehah at 3:26 PM 3 comments

Sy sebiji bola
anda boleh tendang ke kiri dan ke kanan
anda jugak boleh sepak saya ke pada kawan-kawan anda.
saya tak kan marah anda
sbb saya adalah sebiji bola


Perkara Penting Sebelum Hari Kawen Korang

Posted by solehah at 2:36 PM 0 comments
Assalamualaikum..

hai.. tadaaa..heheehhe. senyum skit. kan manis tu senyum2. ni serius ja dok depan skrin. macam nak makan skrin tu ja. hehhee. mesti pelik kan nape macam gembira je. ye la mana tak nya, dah dalam mood cuti ni. ehhehee.

ok arini nk story skit pasal kawin. maklumlah org tu nak kawin kan. so i nak kasik tips2 skit apa yang korang perlu or wajib buat before wedding of the life korang. kita mula dari 6 bulan before weeding la ek. ok kan?

6 Bulan Sebelum

* Time ni sepatutnya korang dah ada tarikh bila korang nak berweeding tu. Bila nak angkat nikah, bila plak nk sanding.

* Kat mana korang nak bersanding plak. Dah kena cari tempat bersanding dan survey harga sewa tempat tu. Cari Baju kawin, pelamin smua la.


5 Bulan Sebelum

* Time ni korang dh boleh pg kursus pra perkahwinan. sekarang ni semua tempat cuma ambik masa 2 hari je, tp tak tau la tahun-tahun akan datang berapa lama plak. Bayaran kursus pun ikut tempat, tp lebih kurang je harga kursus tu. korang jugak boleh ambik kursus ni kat mana-mana yang korang suka. tak semestinya kalau korang anak kedah macam chek ni kena ambik kat kedah jugak. chek ambik kursus pun kat nilai negeri sembilan tau. hehhee..


* Time ni jugak, korang mesti dah pg tempah tempat nk bersanding, pelamin, mak andam, fotograpi, dan baju pengantin. kalau korang nak mudah korang boleh tempah weeding planner skali. senang!


4 Bulan Sebelum

* Time ini korang sepatutnya dah settle kan benda-benda yang perlu ditempah. Ingat jangan tunggu last-last minit. besar kemungkinan korang tak kan dapat apa yang korang impikan.


3 Bulan Sebelum.

* Perkara pertama yang korang kena ingat dan buat adalah.... " UJian HIV".. test ini boleh dibuat di mana-mana klinik kerajaan. Check dulu senarai klinik kerajaan yang boleh buat test HIV ini. ( kt internet byk). Korang boleh buat kt kl atau selangor walaupun korang bukan anak negeri tu. macam aku la, anak kedah tp buat test kt sepang. hehhe.. cari no tepon klinik yg korang nk g tu. dah dapat no tepon, apa lagi kol la klinik tu. kebanyakkan klinik area selangor dan Kuala Lumpur termasuklah putrajaya kena buat appointment dulu. kenapa kena wat appoiment aku tak sure sgt. tya dulu boleh tak korang yg bukan anak negeri selangor nk buat kt
klinik dia, bukan apa ada jugak nurse yg bengong ckp "Tak Boleh". hehehe..

before korang pg ambik test, korang digalakkan faham sedikit sebanyak tentang HIV ini. yelah tak kan korang nk pg buat test HIV tp tak tau apa itu HIV. (aku swoh study sbb aku kena tanya dgn pegawai perubatan tu pasal HIV). hehhee.. testnye kejap je, cuma nk tau korang ada HIV ke tak je. kalau korang tak pernah wat seks bebas, tak berkongsi jarum suntikan insyaallah lepas je test tu. selain ujian HIV dia jugak akan tlg korang check ujian talasimea. ala yg dlm tv tu. korang tak yah nk pk apa2 la, bg je tgn korang kt nurse tu. Dia akan cucukkan jarum test. hehe

test HIV ni cuma sah dlm masa 3 bulan dari tarikh akad nikah korang.

* tak dilupa, kad kawin korang dh patut tempah time ni. selalu dlm 2 minggu siap la. leh la ambik masa check kad2 tu, typing error ke ape ke, sempat antar g kedai blik.


2 Bulan Sebelum

*Time ini sepatutnya korang dh beli barang2 hantaran korang. beli dulang, bunga hiasan, reben, apa2 lagi la yg korang rasa nk letak kt hantaran tu. lepas tu pk jugak apa korang nk bg sebagai door gift, gift tuk family pengantin yg dtg dan yg sewaktu dgn nye.


1 Bulan Sebelum

Time ni mesti korang dh berdebar2. hehhe.
Diingatkan prosedur aku ni berdasarkan pengantin lelaki dan perempuan dari negeri berlainan. kalau sama negari aku tak sure sgt sama atau tak prosuder dia ok.

first pengantin lelaki kena pg ke pejabat agama islam daerah dia menetap untuk ambik borang kebenaran berkahwin di luar negeri. means borang ni tuk pengantin lelaki yg akan angkat nikah kt negeri lain.Isi borang selengkapnya, pastu sediakan sekali photostat ic pengantin lelaki dan ic saksi 2 org, salinan sijil kursus pra perkahwinan, sijil asal kursus pra perkahwinan, dan slip keputusan hiv. dah siap smua, pg plak ambik sign imam kg. lepas tu baru antar blik borang kt pejabat agama daerah.

Pejabat agama akan cop atas smua salinan dan sijil yang dibawa bersama tu. lepas tu barulah bagi semua borang2 tu kepada pengantin perempuan untuk proses seterusnya.

Pengantin perempuan plak, ambik sijil nikah dari imam kg masing2. lepas isi borang yg lengkap, sediakan sekali photostat ic pengantin perempuan bersama ic wali dan 2 org saksi. termasuk salinan dan sijil asal kursus kawin dan keputusan ujian HIV. dah siap smua jumpa balik tok imam untuk ambik tandatangan imam.

dah siap borang lelaki dan borang perempuan, bawa smua skali borang termasuk ptotostat ic td dgn yang lain2 ke pejabat agama daerah pengantin perempuan. Bagi negeri kedah, pengantin perempuan perlu hadir ke pejabat agama untuk tandatangan beberapa surat. negeri lain pun sama jugak kot.

sampai di pejabat, pengantin perempuan perlu isi borang nikah sekali lg. (isi je jgn byk songeh). lepas dah isi borang dan buat pembayaran, dh boleh blik. kalau kedah bayar 4rg je.

Ingat. Pg antar borang kt pejabat agama dlm masa sebulan sebelum angkat nikah tau.

Bila dh siap smua, antar blik borang tu kt imam kg korang.


Dah abis la benda2 yang korang patut buat sebelum weeding korang tu. tunggu ari kawin je.


Kalau korang tak sure, baik korang pg pejabat agama daerah korang dan bertanya agar tak kelam kabut di minit-minit akhir.

Monday, November 15, 2010

Aku Pun BayaR Ok!

Posted by solehah at 11:57 AM 2 comments
Ari jumaat lepas aku terpaksa pulang ke kampung atas urusan walimatul urus ku yg tinggal sebulan lg. Cam biasa la en.Tunang akan belikan tiket bas Transnational kegemaran aku. hehhe tiap kali balik mesti nek bas transnational tu. sebab? rahsia r.

Selalunya aku akan naik bas pukul 11mlm, tetapi sbb dh penuh terpaksa la ambik pukul 12mlm. penat tu nak tunggu. nasib abik en.tunang temankan, kalau tak jgn harap ok. hehhhehe. lepas di pickup jam 830mlm, ktrg pg isi perut dulu(kang tak pasal2 lapar dlm bas).

lepas beli barang2 mknn skit (mknn lg) ktrg pun terus ke stesen bas bukit jalil. 5minit je sampai. lepas parking tgok jam ala baru kul11. lambat lg. mata aku dh separuh terbukak ni. jap lg confirm la tdo.

Bas yg ditunggu pun tiba tepat jam 1155 mlm. tepat jam 1159 bas pun gerak ke stesen jalan duta. ni la salah satu sebab kenapa aku pilih Transnasional, cepat dan tepat. Masa kt bukit jalil tu, ada la dalam 6,7 org je yg naik. kat sebelah aku dgn seat depan masih kosong. naik plak bas jenis bisness, dpt kerusi besar yg empuk. mmg sedap tido la. lepas turunkan seat je, aku terus tdo. smpaikan en.tunang kol pun tak aku dh taksedar. hehehe

selepas 15minit, bas pun smpai di stesen duta. naik la mereka2 tuk memenuhkan seat2 yg kosong tu, termasukan seorg girl ni. dari pandangan pertama, ok dia mmg sopan alim bertudung labuh. tetiba teringat aku dikala bertudung labuh dulu. huhuu. kat belakang dia plak ada sorg lelaki. si lelaki ni plak, hmm dgn rambut berekor panjang kt belakang, mmg aku tak berkenan langsung la tgok. ish anak sapa la ni.

aku ingat mereka ni tak kenal satu sama lain, alih2 duduk sebelah2. borak2 dgn mesra. hmm abg pmpuan ni kot. tak kan la pompuan tudung labuh ni nak duduk mesra2 dgn pakwe dia kot. aku pikir positif ok. tp tu bukan persoalannye.

lepas je girl tu duduk, dia terus turunkan seat dia serendah2nye. sampai dh tak boleh turun kan lg la. aku hangin la. AKU PUN BAYAR TIKET BAS NI OK!!!!. tak pasal2 plak aku yg sempit kat belakang ni. ko ni bongok sgt ke ape? tak kan la benda2 simple cmni pun ko tak leh pk. kalau nk tdo sedap2 ko tempah la satu bas ni terus. pastu naik sorang2. nk tdo macammana pun tdo la.

pastu boleh plak dia dok manje2 dgn boypren dia kt sebelah tu. huh! menjatuhkan imej pmpuan bersopan yg bertudung labuh je. hangin beb. aku sepak jugak budak ni kang.

aku bersabar sgt2 dlm bas tu, wlaupun dh berape kali aku tendang kerusi dia kt belakang. hah padan muka ko!.

sepanjang perjalanan itu aku tak leh tdo sgt, ye la cmna nak tdo dlm sempit2 cmni. gerak sikit kaki kena kerusi. sengal betul la.

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, November 10, 2010

T__T

Posted by solehah at 11:07 AM 2 comments
kurang sebulan lg aku akan bergelar isteri org. huhuhu atutnya.

mcm2 benda yg aku pk cmna la aku pas aku jd bini org ni.

cmna nk bahagi masa tuk diri aku dgn diri dia?
cmna nk layan family dia mcm aku layan family aku sendiri?
cmna dgn mak bapak aku, lepas ni mesti jarang blik kg lg.. (huhuuhu.. nagis jap)

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, November 8, 2010

Dari satu Gambar

Posted by solehah at 10:31 AM 1 comments
hanya dari satu gmbar, kita boleh producekan bermacam2 gmbar yg menarik.


____________________________________________________________________















Kredit to !Oh Best !

Friday, October 22, 2010

Cinta is Ouch

Posted by solehah at 12:24 PM 1 comments
Cinta,
mengapa kau terlalu ouch!

bila kau dtg, ianya ouch!
ku rasakan panahan asmara,
hati tak senang,
asyik teringat dia,
senyumannya, gurauan nya,
bila malam tak sabar2 menunggu siang.

bila dh lama, ianya ouch!
susahnya nak bertahan,
susahnya nk tahan setia,
susahnya tuk rasa tak jemu.

bila dh berakhir, ianya ouch!
sakitnya bila dikhianati,
sakitnya bile setia disia-siakan,
sakitnye bile terkenang saat2 manis bersama,
sakitnya hati tiada sape yg tahu,


blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

Tak ku Sangka Tak ku Duga

Posted by solehah at 12:15 AM 0 comments
Rasanya ramai yg dah tengok dan dengar lagu dendangan "Apit n the geng " ni. Lagu ni mmg syahdu dan aku sendiri tak sangka sedap dan lunaknya suara budak2 ni. guitaris dia pun best je main. bila dengar lagu ni rasa masa berputar balik teringan kenangan time putus cinta dulu.

Masa "apit and the geng " ni record lagu ni time ni diorang tak de la femes sgt pun. cuma budak2 singapo biasa je. tp lepas video diorang diupload kt youtube, mmg femes abis la. dan sekarang ni budak2 ni pun dh keluarkan album diorang sendiri. kalau nk tau lebih lanjut boleh la search google cari nama " Baron Bros".

meh layang lagu best ni.


blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, October 20, 2010

Cincin untuk siSyg

Posted by solehah at 11:52 AM 0 comments
Sejak kebelakangan ni, kerja-kerja di opis semakin berkurangan. Bukan tidak ada keje ok? cuma project nak masuk stage terakhir je. sementara belum masuk stage terakhir boleh lah duduk2 relax2 main internet. blogger-emoticon.blogspot.com

biasanya aku akan bukak facebook, tgok update kawan2. tgok gambar2 ape2 yg patut. paling best bila ada gambar org kawin. wow. hehehe.. (mood nk kawin la katakan). blogger-emoticon.blogspot.com

ada satu gambar yg selalu mmbuatkan aku berpikir. emm nape cmni ek? persoalan yg selalu timbul dlm pikiran aku yg bergeliga ni. blogger-emoticon.blogspot.com

kenape trend org sekarang kawin, lepas lelaki sarung cincin kt bini dia, mesti bini dia akan sarung cincin kt laki dia plak. aku mmg confuis. dulu2 masa org kawin 4-5 tahun dulu takde pulak aku tgok org laki dapat cincin masa kawin.

tapi mungkin niat mereka, nak menunjukkan yg si lelaki tu dh berkahwin. so kalau dah pakai cincin tu tak leh la nak mengatal lg. blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, October 15, 2010

KisaH Menarik di Opis

Posted by solehah at 9:56 PM 0 comments
Bila boss tiada di pejabat : blogger-emoticon.blogspot.com
Bila boss panggil :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila kena hadiri mesyuarat :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila waktu rehat : blogger-emoticon.blogspot.com
Bila dapat projek baru dari boss : blogger-emoticon.blogspot.com
Bila tengah cari idea untuk projek baru :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila projek yang boss bagi susah nak buat :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila otak jam... :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila 'client' banyak songeh dan berlagak pandai :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila 'client' tukar fikiran saat akhir :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila boss suruh kerja lebih masa (OT) :blogger-emoticon.blogspot.com
Boss suruh datang pejabat waktu cuti ada projek 'urgent' :blogger-emoticon.blogspot.comBila dah terbuat silap pada projek yang boss bagi :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila projek disiapkan dengan jayanya :blogger-emoticon.blogspot.com
Bila projek gagal : blogger-emoticon.blogspot.com
Bila dapat gaji : HAPPENING!!!
 

MySouL Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei