Monday, December 5, 2011

Kau KesaYanGaNKu

Posted by solehah at 10:56 AM 3 comments

sedar tak sedar sudah setahun kami hidup sebagai suami isteri.hari ini genaplah setahun umur perkahwinan kami. dalam tempoh setahun ni, perbagai pengalaman kami lalui bersama. benarlah kata orang, masa bercinta tak sama dengan berkahwin. Masa bercinta selalunya kita takkan tahu perangai sebenar pasangan kita. Bila dah berkahwin, baru kita akan mengenali pasangan kita. Tapi bukan saja kita dapat mengenali pasangan, malah kita sendiri dapat mengenali diri kita sendiri.

Selama setahun ini, suamiku sentiasa cuba untuk menggembirakan aku. Setiap hari dan setiap masa. Kadang-kadang dia naik marah jugak dengan perangai aku yang suka mengada-ngada. Tapi 5 saat kemudian dia akan pujuk balik aku. Masa inilah bermula adegan Hindustan, satu rumah main kejar2. Tak cukup dalam rumah, ke luar rumah pun aku boleh lari. Tapi lain pulak kalau dia yang merajuk. Aku sampai sekarang pun tak tau macammana nak pujuk dia sebab memang dia tak makan pujuk.

4 bulan selepas perkahwinan kami, aku dikejutkan dengan kejadian kemalangan suamiku. Ketika pulang dari kerja, suamiku ditimpa malang. 2,3 hari sebelum itu, aku ada rasa tak sedap hati. Tapi aku tak ambil kisah sebab aku taknak benda buruk betul-betul jadi. Hampir 3 minggu suamiku dihospital. Dan selama itulah aku berada menjaga suamiku.

Aku masih ingat malam pertama kami dihospital. Aku langsung tak boleh tidur. Aku sangat-sangat bimbang tentang suamiku. Kedua-dua tangannya terpaksa disimen. aku hampir-hampir pengsan apabila mengetahui yang tulang suamiku kebanyakkannya hancur dan tak dapat digunakan lagi. Tambah memilukan apabila suamiku berkata “ saya dah cacat, macam mana nak buat lepas ni. Nak buat keje semua dah tak boleh”. Aku tersenyum dan menjawab “ apa cakap macam tu, tak baik la. saya kan ada, nak makan sy suapkan, nak mandi saya mandikan, nak pakai baju saya pakaikan. Syg jangan risau saya kan ada. “ Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya aku ketika itu.

Setelah selesai2 pembedahan, suami dibenarkan pulang. Namun suamiku terpaksa menjalani rawatan lanjut di hospital lain untuk menyambungkan saraf yang putus akibat kemalangan itu. Saraf ini penting untuk menggerakkan pergelangan tangan. Sebelum menjalani pembedahan saraf, kami dikejutkan dengan satu lagi berita yang siku suamiku masih terkeluar dari kedudukannya. Kami sangat-sangat kecewa dengan doctor yang merawat dia sebelum ini. Hampir-hampir kami membuat keputusan untuk menyaman hospital tersebut.

Selepas kejadian ini, hidup kami mula berubah. Walaupun keadaan hidup kami semakin sukar, namun kami tahu yang kami masing-masing ada untuk satu sama lain. Banyak masa kami habiskan bersama. Kalau dulu dia selalu abiskan masa di ofis, sekarang banyak masanya bersama aku. Aku pula kalau dulu pasti lebihkan keperluan aku, tp sekarang segala-galanya suamiku yang pertama.

Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata betapa aku sayangkan suamiku lebih dari segala-galanya.

Happy 1st anniversary My LOVE

Tuesday, July 12, 2011

MEREKA

Posted by solehah at 9:44 PM 1 comments

kesedihan....
kepayahan...
kesusahan...

tidak kah mereka faham...
atau mereka segaja buat-buat tak faham...

diam tak bermakna aku setuju..
membiar tak bermakna aku kalah...
tp senyum bermakna aku bersabar...

duhai bulan...
teman kan aku mlm ni...
menangis bersamaku...

Sunday, May 22, 2011

Sudah tiada...

Posted by solehah at 8:14 PM 0 comments

aku terkedu....
tidak ku sangka...
kini kau tiada lg.

hilang sudah kata-kata semangatmu.
hilang sudah madah lucumu.
hilang sudah cerita menarikmu.

kini kau tiada...
walau tidak pernah bersua.
karyamu menyerikan hari-hariku.

al-fatihah buatmu.
moga kau aman disana...

-telordibasuh dalam kenangan-

Monday, April 25, 2011

...............

Posted by solehah at 3:32 PM 0 comments

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

- semoga cepat sembuh-


Sunday, March 13, 2011

2nd Day At SaRaWaK!

Posted by solehah at 4:24 PM 0 comments
shoping time...

perjalanan kami bermula seawal 930 pg. tapi kalau ikut jam sarawak dah agak lambat dah pun. destinasi pertama kami..." PasaR Sarikin". perjalanan agak jauh dan mengambil masa kira-kira 2jam. sampai je kat pasar ni matahari dah terpacak kat atas kepala. cuaca kat sini pulak sangat lah panas. jadi bawak lah payung takut-takut pengsan plak kat tengah-tengah tu.

pasar sarikin ni memang terkenal dengan jualan barangan yang sangat murah. rugi kalau korang tak bawak duit banyak. hehhehhe.. sape yang suke shoping tu memang la beruntung. pasar sarikin ini boleh diibaratkan seperti "padang besar" atau pun bukit kayu hitam. cuma kalau kat padang besar kita boleh dapat barangan murah dari thailand tapi kat sini barangan dijual kebanyakan dari indonesia. sebab sarikin ini sempadan dengan indonesia.

macam-macam ada.....




dah penat shoping kami pun berangkat pulang menuju destinasi seterusnya...


ku cari air terjun... tapi air laut yang kujumpa...


itulah yang berlaku selepas kami pulang dari pasar sarikin. kami bercadang untuk mandi manda di "matang FamilyPark". berpandukan GPS yang sangat bijak itu, dia membawa kami ke "kuching Family Park". yer nama hampir sama tapi jaraknya terlalu jauh.. Kuching Family park terletak di sekitar pantai santubung. kalaupun tak dapat turun mandi pantai santubung ni tapi dapatlah tengok keindahan gunung santubung tu.




kat ini jugak terletaknya "kampung budaya Sarawak". bayarannya kalau tak silap rm45 sorang. tapi kami semua tak masuk pun. semua pakat pikir nak cari air terjun sampai jumpa.

jadi kami pun patah balik ke kuching dan terus ikut jalan ke Matang dengan harapan jumpa la air terjun tu. lepas 15minit perjalanan, alhamdullillah akhirnya kami jumpa jugak dengan air terjun. tapi bukan "Matang Family Park" ntah sungai kecik mana ntah. jam pun dah pukul 6ptg nak taknak kami berhenti jugaklah. kang tak pasal-pasal putera kesayangan menyamuk susah plak.

tengok je la budak-budak ni mandi.




malam tu kami makan malam di rumah seorang kenalan along. dapat la rasa kopi serawak. sedap jugak kopi serawak tu. sebelum balik kami jalan-jalan lagi sekitar bandar kuching.


Tuesday, March 8, 2011

KaMiK Ke SaRaWaK

Posted by solehah at 9:26 PM 3 comments


waweeeeee... kamik dh sampai ke sarawak. yes. akhirnya berjaya jugak aku menjejakkan kaki kanan dn kiri ku ke bumi kenyalang ni.

kami pergi 3hari je, maklumlah bajet. bertolak pagi jumaat, balik sini ptg ahad. mulanya kami bercadang taknak pergi hari minggu tapi dengar kata dekat serawak ni hari minggu baru ada banyak tempat buka. terpaksa la pergi hari minggu jugak. yelah nanti pergi-pergi tak de pun kedai yang bukak. tak ke rugi je tu.

sampai je kat airport kami disambut mesra dengan cikgu amin. cikgu ni buat perkhidmatan perlancongan kat kuching ni. penginapan, pengangkutan termasuk driver pun ada sekali. tapi kami cuma ambik penginapan saje dengan dia. rumah yang kami sewa tu memang tiptop la. ada 5 bilik tido tapi dia bukak 3 je sebab kami pakai 3 bilik je. bilik air ada 2. ada astro, peti ais dapur mesin basuh pun ada. bukan itu je siap barang2 makanan seperti beras, telur gula teh sabun basuh baju pun ada. memang selesa sangat-sangat la.

cuma yang tak selesa, van yang kami sewa. yang buruk takde la nak kesah sangat. tp aircond rosak la macam-macam lagi la.

petang jumaat tu baru kami mula keluar. destinasi pertama.... " Semanggoh Orang Utan". kami sampai area pukul 130 ptg. kami diberitahu oleh penjual tiket yang time makan orang utan ni pukul 3 ptg. kalau masuk sekarang keberangkalian untuk tengok orang utan ni agak tipis. dan dia bagi cadangan supaya kami pergi melawat tempat-tempat lain sekitar sini. salah satunya ialah "sawarak jong crocodile farm" yang terletak lebih kurang 20minit dari situ. pikir punya pikir kami pun sebulat suara bersetuju untuk pergi tengok buaya dulu.


tiket dewasa 16rg, kanak-kanak 8rg. mahal jugak kan?


hehhehe
lebih kurang 20minit kami pun sampai di tempat yang dituju. tapi jalan nak masuk dia punya la berbatu-batu. napela tak buat jalan elok sikit.



tak nak banyak crite jom tengok pic-pic yang sempat aku snap.







kat cini pun ada time buaya makan jugak. pukul 3. best tgok tapi seram jugak la. mana la tau dia tak kenyang bila tuan dia bagi makan. dia lompat masuk arah aku cmna? hehehhee..

fokus fokus...

dekat sikit..dekat sikit..

bersedia....

yah..yah...
cantik kan badan i?

dapat jugak ayam ni. lapar aku tau.


lepas dh penat tgok buaya, kami pun balik la. tapi belum lagi pusing-pusing bandar kuching kejap. kami berhenti dekat kuching waterfront. tempat ni memang terkenal untuk para pelangcong. kita boleh naik bot mengelilingi sungai sarawak ni, shoping-shoping skit. permandangan kat cni pun cantik. kami duduk-duduk je sambil tengok permandangan. penat tak abis lagi jalan tengok buaya tadi.






tengok jam baru pukul 6ptg tapi dh nak gelap. ooh baru ingat kat cini cepat dalam sejam. perut pun dah lapar, kita makan dulu. tempat makan tak jauh dari waterfront ni, cuma jalan kat cini semua one-way. terpaksa pusing jauh kalau dah terlepas sikit saje pun.

tempat makan kami untuk malam yang pertama di warung raja ayam penyet. kenapa warung? sebab dia kecik je. pastu dia kongsi-kongsi tempat makan dengan gerai-gerai lain. ni macam food cord camtu la.






lepas dah kenyang kami pun beransur pulang. dah lotih bonar ni ha... nak simpan tenaga tuk esok plak....

Sunday, February 6, 2011

Us + Love = Honeymoon

Posted by solehah at 9:49 PM 1 comments
~~~"ok, entry kali ni nk cer skit pasal our honeymoon last week.. ops last month la." ~~~

___________________________________________________________________

.....itulah permulaan post `honeymoon' i....
sebenarnya i dah banyak `write and save as draf` je post ni. sebab i memang banyak giler benda-benda yang i nak crite dalam post ni. tp yg menyedihkan hati i.....

semua `GAMBAR` honeymoon i tu hilang.
adozz.... i tak tau ape yang jadik. bile i cari nak post gmabar tetibe tak jumpa.
aduyai....

ingatkan boleh trace balik dalam camera..
tp malang seribu kali malang....

camera kami pula telah dicuri....
rumah kakak telah dipecah masuk.

barang yang hilang boleh ganti...
tp memori yang hilang tak dapat diganti...

saya sedih... sekian....

T______T

Thursday, January 20, 2011

new kif, new title

Posted by solehah at 8:57 PM 0 comments
assalamualaikum korang. sihat?

rasanya dh lama giler tak update blog ni kan? padahal bukan wat apa2 pn.
skrg i dh pindah dok serumah dgn my hubby kt rumah family dia. ok family ok. so takde la nak manje lebih2 kan. lgpun my hubby asyik keje je tinggal i sorang kt rumah.

wat masa ni i takde pk nk wat bisnus apa2 lg. atau keje apa2. just dok rumah. tp jgn ingat dok rumah best, penat lg ada. i rasa otak i ni dh beku. kalau uall tya i 2 x 2 pun mesti i kena pk lama. hik hik hik.. tipu la tu..

selain melayan crite2 astro, i layan jugak gosip2 internet. pastu cari resepi kt internet. hik hik. bajet masak sedap2. pastu basuh baju lipat baju and lalallalala. itulah keje aku tiap2 ari selama sebulan.

oklah. nak g memanjakan diri. nnti sok2 i update pasal honeymoon i yg very the best tu ok.


 

MySouL Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei