Sunday, March 13, 2011

2nd Day At SaRaWaK!

Posted by solehah at 4:24 PM 0 comments
shoping time...

perjalanan kami bermula seawal 930 pg. tapi kalau ikut jam sarawak dah agak lambat dah pun. destinasi pertama kami..." PasaR Sarikin". perjalanan agak jauh dan mengambil masa kira-kira 2jam. sampai je kat pasar ni matahari dah terpacak kat atas kepala. cuaca kat sini pulak sangat lah panas. jadi bawak lah payung takut-takut pengsan plak kat tengah-tengah tu.

pasar sarikin ni memang terkenal dengan jualan barangan yang sangat murah. rugi kalau korang tak bawak duit banyak. hehhehhe.. sape yang suke shoping tu memang la beruntung. pasar sarikin ini boleh diibaratkan seperti "padang besar" atau pun bukit kayu hitam. cuma kalau kat padang besar kita boleh dapat barangan murah dari thailand tapi kat sini barangan dijual kebanyakan dari indonesia. sebab sarikin ini sempadan dengan indonesia.

macam-macam ada.....




dah penat shoping kami pun berangkat pulang menuju destinasi seterusnya...


ku cari air terjun... tapi air laut yang kujumpa...


itulah yang berlaku selepas kami pulang dari pasar sarikin. kami bercadang untuk mandi manda di "matang FamilyPark". berpandukan GPS yang sangat bijak itu, dia membawa kami ke "kuching Family Park". yer nama hampir sama tapi jaraknya terlalu jauh.. Kuching Family park terletak di sekitar pantai santubung. kalaupun tak dapat turun mandi pantai santubung ni tapi dapatlah tengok keindahan gunung santubung tu.




kat ini jugak terletaknya "kampung budaya Sarawak". bayarannya kalau tak silap rm45 sorang. tapi kami semua tak masuk pun. semua pakat pikir nak cari air terjun sampai jumpa.

jadi kami pun patah balik ke kuching dan terus ikut jalan ke Matang dengan harapan jumpa la air terjun tu. lepas 15minit perjalanan, alhamdullillah akhirnya kami jumpa jugak dengan air terjun. tapi bukan "Matang Family Park" ntah sungai kecik mana ntah. jam pun dah pukul 6ptg nak taknak kami berhenti jugaklah. kang tak pasal-pasal putera kesayangan menyamuk susah plak.

tengok je la budak-budak ni mandi.




malam tu kami makan malam di rumah seorang kenalan along. dapat la rasa kopi serawak. sedap jugak kopi serawak tu. sebelum balik kami jalan-jalan lagi sekitar bandar kuching.


Tuesday, March 8, 2011

KaMiK Ke SaRaWaK

Posted by solehah at 9:26 PM 3 comments


waweeeeee... kamik dh sampai ke sarawak. yes. akhirnya berjaya jugak aku menjejakkan kaki kanan dn kiri ku ke bumi kenyalang ni.

kami pergi 3hari je, maklumlah bajet. bertolak pagi jumaat, balik sini ptg ahad. mulanya kami bercadang taknak pergi hari minggu tapi dengar kata dekat serawak ni hari minggu baru ada banyak tempat buka. terpaksa la pergi hari minggu jugak. yelah nanti pergi-pergi tak de pun kedai yang bukak. tak ke rugi je tu.

sampai je kat airport kami disambut mesra dengan cikgu amin. cikgu ni buat perkhidmatan perlancongan kat kuching ni. penginapan, pengangkutan termasuk driver pun ada sekali. tapi kami cuma ambik penginapan saje dengan dia. rumah yang kami sewa tu memang tiptop la. ada 5 bilik tido tapi dia bukak 3 je sebab kami pakai 3 bilik je. bilik air ada 2. ada astro, peti ais dapur mesin basuh pun ada. bukan itu je siap barang2 makanan seperti beras, telur gula teh sabun basuh baju pun ada. memang selesa sangat-sangat la.

cuma yang tak selesa, van yang kami sewa. yang buruk takde la nak kesah sangat. tp aircond rosak la macam-macam lagi la.

petang jumaat tu baru kami mula keluar. destinasi pertama.... " Semanggoh Orang Utan". kami sampai area pukul 130 ptg. kami diberitahu oleh penjual tiket yang time makan orang utan ni pukul 3 ptg. kalau masuk sekarang keberangkalian untuk tengok orang utan ni agak tipis. dan dia bagi cadangan supaya kami pergi melawat tempat-tempat lain sekitar sini. salah satunya ialah "sawarak jong crocodile farm" yang terletak lebih kurang 20minit dari situ. pikir punya pikir kami pun sebulat suara bersetuju untuk pergi tengok buaya dulu.


tiket dewasa 16rg, kanak-kanak 8rg. mahal jugak kan?


hehhehe
lebih kurang 20minit kami pun sampai di tempat yang dituju. tapi jalan nak masuk dia punya la berbatu-batu. napela tak buat jalan elok sikit.



tak nak banyak crite jom tengok pic-pic yang sempat aku snap.







kat cini pun ada time buaya makan jugak. pukul 3. best tgok tapi seram jugak la. mana la tau dia tak kenyang bila tuan dia bagi makan. dia lompat masuk arah aku cmna? hehehhee..

fokus fokus...

dekat sikit..dekat sikit..

bersedia....

yah..yah...
cantik kan badan i?

dapat jugak ayam ni. lapar aku tau.


lepas dh penat tgok buaya, kami pun balik la. tapi belum lagi pusing-pusing bandar kuching kejap. kami berhenti dekat kuching waterfront. tempat ni memang terkenal untuk para pelangcong. kita boleh naik bot mengelilingi sungai sarawak ni, shoping-shoping skit. permandangan kat cni pun cantik. kami duduk-duduk je sambil tengok permandangan. penat tak abis lagi jalan tengok buaya tadi.






tengok jam baru pukul 6ptg tapi dh nak gelap. ooh baru ingat kat cini cepat dalam sejam. perut pun dah lapar, kita makan dulu. tempat makan tak jauh dari waterfront ni, cuma jalan kat cini semua one-way. terpaksa pusing jauh kalau dah terlepas sikit saje pun.

tempat makan kami untuk malam yang pertama di warung raja ayam penyet. kenapa warung? sebab dia kecik je. pastu dia kongsi-kongsi tempat makan dengan gerai-gerai lain. ni macam food cord camtu la.






lepas dah kenyang kami pun beransur pulang. dah lotih bonar ni ha... nak simpan tenaga tuk esok plak....

 

MySouL Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei