Sunday, March 13, 2011

2nd Day At SaRaWaK!

Posted by solehah at 4:24 PM
shoping time...

perjalanan kami bermula seawal 930 pg. tapi kalau ikut jam sarawak dah agak lambat dah pun. destinasi pertama kami..." PasaR Sarikin". perjalanan agak jauh dan mengambil masa kira-kira 2jam. sampai je kat pasar ni matahari dah terpacak kat atas kepala. cuaca kat sini pulak sangat lah panas. jadi bawak lah payung takut-takut pengsan plak kat tengah-tengah tu.

pasar sarikin ni memang terkenal dengan jualan barangan yang sangat murah. rugi kalau korang tak bawak duit banyak. hehhehhe.. sape yang suke shoping tu memang la beruntung. pasar sarikin ini boleh diibaratkan seperti "padang besar" atau pun bukit kayu hitam. cuma kalau kat padang besar kita boleh dapat barangan murah dari thailand tapi kat sini barangan dijual kebanyakan dari indonesia. sebab sarikin ini sempadan dengan indonesia.

macam-macam ada.....




dah penat shoping kami pun berangkat pulang menuju destinasi seterusnya...


ku cari air terjun... tapi air laut yang kujumpa...


itulah yang berlaku selepas kami pulang dari pasar sarikin. kami bercadang untuk mandi manda di "matang FamilyPark". berpandukan GPS yang sangat bijak itu, dia membawa kami ke "kuching Family Park". yer nama hampir sama tapi jaraknya terlalu jauh.. Kuching Family park terletak di sekitar pantai santubung. kalaupun tak dapat turun mandi pantai santubung ni tapi dapatlah tengok keindahan gunung santubung tu.




kat ini jugak terletaknya "kampung budaya Sarawak". bayarannya kalau tak silap rm45 sorang. tapi kami semua tak masuk pun. semua pakat pikir nak cari air terjun sampai jumpa.

jadi kami pun patah balik ke kuching dan terus ikut jalan ke Matang dengan harapan jumpa la air terjun tu. lepas 15minit perjalanan, alhamdullillah akhirnya kami jumpa jugak dengan air terjun. tapi bukan "Matang Family Park" ntah sungai kecik mana ntah. jam pun dah pukul 6ptg nak taknak kami berhenti jugaklah. kang tak pasal-pasal putera kesayangan menyamuk susah plak.

tengok je la budak-budak ni mandi.




malam tu kami makan malam di rumah seorang kenalan along. dapat la rasa kopi serawak. sedap jugak kopi serawak tu. sebelum balik kami jalan-jalan lagi sekitar bandar kuching.


0 comments:

Post a Comment

 

MySouL Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei