Monday, December 5, 2011

Kau KesaYanGaNKu

Posted by solehah at 10:56 AM

sedar tak sedar sudah setahun kami hidup sebagai suami isteri.hari ini genaplah setahun umur perkahwinan kami. dalam tempoh setahun ni, perbagai pengalaman kami lalui bersama. benarlah kata orang, masa bercinta tak sama dengan berkahwin. Masa bercinta selalunya kita takkan tahu perangai sebenar pasangan kita. Bila dah berkahwin, baru kita akan mengenali pasangan kita. Tapi bukan saja kita dapat mengenali pasangan, malah kita sendiri dapat mengenali diri kita sendiri.

Selama setahun ini, suamiku sentiasa cuba untuk menggembirakan aku. Setiap hari dan setiap masa. Kadang-kadang dia naik marah jugak dengan perangai aku yang suka mengada-ngada. Tapi 5 saat kemudian dia akan pujuk balik aku. Masa inilah bermula adegan Hindustan, satu rumah main kejar2. Tak cukup dalam rumah, ke luar rumah pun aku boleh lari. Tapi lain pulak kalau dia yang merajuk. Aku sampai sekarang pun tak tau macammana nak pujuk dia sebab memang dia tak makan pujuk.

4 bulan selepas perkahwinan kami, aku dikejutkan dengan kejadian kemalangan suamiku. Ketika pulang dari kerja, suamiku ditimpa malang. 2,3 hari sebelum itu, aku ada rasa tak sedap hati. Tapi aku tak ambil kisah sebab aku taknak benda buruk betul-betul jadi. Hampir 3 minggu suamiku dihospital. Dan selama itulah aku berada menjaga suamiku.

Aku masih ingat malam pertama kami dihospital. Aku langsung tak boleh tidur. Aku sangat-sangat bimbang tentang suamiku. Kedua-dua tangannya terpaksa disimen. aku hampir-hampir pengsan apabila mengetahui yang tulang suamiku kebanyakkannya hancur dan tak dapat digunakan lagi. Tambah memilukan apabila suamiku berkata “ saya dah cacat, macam mana nak buat lepas ni. Nak buat keje semua dah tak boleh”. Aku tersenyum dan menjawab “ apa cakap macam tu, tak baik la. saya kan ada, nak makan sy suapkan, nak mandi saya mandikan, nak pakai baju saya pakaikan. Syg jangan risau saya kan ada. “ Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya aku ketika itu.

Setelah selesai2 pembedahan, suami dibenarkan pulang. Namun suamiku terpaksa menjalani rawatan lanjut di hospital lain untuk menyambungkan saraf yang putus akibat kemalangan itu. Saraf ini penting untuk menggerakkan pergelangan tangan. Sebelum menjalani pembedahan saraf, kami dikejutkan dengan satu lagi berita yang siku suamiku masih terkeluar dari kedudukannya. Kami sangat-sangat kecewa dengan doctor yang merawat dia sebelum ini. Hampir-hampir kami membuat keputusan untuk menyaman hospital tersebut.

Selepas kejadian ini, hidup kami mula berubah. Walaupun keadaan hidup kami semakin sukar, namun kami tahu yang kami masing-masing ada untuk satu sama lain. Banyak masa kami habiskan bersama. Kalau dulu dia selalu abiskan masa di ofis, sekarang banyak masanya bersama aku. Aku pula kalau dulu pasti lebihkan keperluan aku, tp sekarang segala-galanya suamiku yang pertama.

Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata betapa aku sayangkan suamiku lebih dari segala-galanya.

Happy 1st anniversary My LOVE

3 comments:

YuYu nmaSdEna on December 5, 2011 at 11:15 AM said...

wahhh. touching~~~~

happy anniversary. apalagi, bila nak bertiga? hehe :)

solehah on December 6, 2011 at 9:02 PM said...

hehehhe. bertiga? emm...

cplud miera on December 8, 2011 at 5:14 PM said...

wow..so tacing. hepy 1st anniversary sol ;)

Post a Comment

 

MySouL Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei